Perutusan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

Syukur ke hadrat Ilahi  kerana  dengan  limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama di MRSM , Ini diharapkan dapat merealisasikan usaha kerajaan dalam memartabatkan pembangunan anak bangsa yang berjaya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa MRSM adalah medium penting dalam melahirkan generasi yang berketerampilan mulia, dan  bertongkatkan nilai-nilai keperibadian yang utuh. Selain mencungkil bakat pelajar juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru-guru.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi MRSM ini merupakan platform terbaik kepada pelajar dalam usaha menyelami erti sebenar intergriti berpasukan. Hal ini seterusnya melahirkan generasi yang tidak hanya petah berkata-kata malahan dapat menghayati dan menyemai cita-cita negara dalam usaha memperkasakan ilmu .

Pada kesempatan ini, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru dan kakitangan yang telah berpadu tenaga, mengerah minda dalam memikul amanah, usaha dan komitmen yang disandarkan. Juga sokongan dan pengorbanan kakitangan swasta yang banyak membantu dan membimbing pelajar-pelajar amat dihargai Semoga hal ini menjadi pencetus untuk kita meningkatkan akauntibiliti sebagai pendidik yang berwibawa. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan usah putus asa dan cuba lagi kepada mereka yang kurang berjaya.

Sekian wassalam.

PENGETUA 
MRSM BALIK PULAU