PENGENALAN BWP

Badan Wakil Pelajar (BWP) ditubuhkan sebagai satu badan kebajikan dan kerjasama dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara,disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyubur bakat kepimpinan serta demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.

MATLAMAT

Matlamat merupakan satu aset yang penting dan bertindak sebagai teras atau jalan supaya semua perancangan yang dijalankan sentiasa berada di landasannya.Antara matlamat BWP ialah :

Moto MRSM "Berdisplin,Berilmu dan Beramal" adalah sentiasa dijunjung dan diamalkan oleh setiap pelajar.

Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Program/aktiviti BWP telah dirancang dengan rapi untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan

PERANAN BWP

Peranan atau tanggungjawab BWP adalah menaja, menganjur dan membantu mana-mana pihak dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar daripada masa ke masa. Antara peranan BWP ialah :

Menentukan pelajar mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya

Kemudahan belajar dan bimbingan

Kemudahan penginapan dan makanan

Kemudahan rawatan dan kesihatan

Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

Kemudahan sukan dan riadah

Kemudahan kebajikan am

Membantu pihak maktab dalam menjayakan aktiviti

Aktiviti sukan antara pelajar,guru dan sebagainya

Aktiviti sambutan dan perayaan seperti hari kebangsaan,maulidur rasul, dan hari guru

Pendaftaran pelajar dan program Orientasi/Suaikenal pelajar

Jayakan aktiviti tahunan maktab

Menaja dan menganjurkan aktiviti atau program yang sesuai dan selaras dengan objektif

Majlis ilmu,dialog,ceramah,seminar atau bengkel akademik dan pengetahuan am

Majlis penerangan kepada pelajar berkaitan dengan urusan pentadbiran dan hal ehwal pelajar

Gerak kerja khidmat masyarakat atau gotong-royong di luar dan dalam maktab

Lawatan sambil belajar atau lawatan muhibbah dan program pembangunan sahsiah pelajar

CARTA ORGANISASI