Laman Utama > Profil

Profil

Sejarah Penubuhan
22 March 2016 02:15 PM
admin

PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU

 

Dibuka pada tahun 1984 dengan kemasukan pertama pelajar tingkatan 3 (Batch: 1982) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Muar, Johor dan pelajar tingkatan dua (Batch: 1983) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Terendak, Melaka. Pelajar tingkatan satu (Batch: 1984) masuk pada 24 Mac 1984. Ketika itu MRSM Balik Pulau masih tidak siap sepenuhnya tetapi dibuka juga untuk kemasukkan pelajar-pelajar.

Pada tahun 1986, disebabkan status MRSM Kulim ditingkatkan kepada Kolej, semua pelajar tingkatan 4 MRSM Balik Pulau (Batch: 1983) dipindahkan ke lain-lain MRSM serata Malaysia untuk membuka kekosongan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dari MRSM Kulim.

Dalam beberapa tahun awal kemasukan pelajar ke MRSM ini, mereka memasuki kuliah yang dipecahkan ke beberapa kategori seperti Sains, Sains Sosial, Bahasa dan Matematik di mana pelajar-pelajar berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain untuk belajar. Pilihanraya pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP) yang pertama diadakan pada tahun 1985.

Pengetua

  • 1984 - 1987: Encik Mohd Hussin Ibrahim
  • 1988 - 1989: Encik Faruk Senan B Abdullah
  • 1990 - 1995: Tuan Haji Abdul Ghani B Jusoh
  • 1996 - 2004: Tuan Haji Faruk Senan B Abdullah
  • 2005 - 2006: Encik Saleh B Osman
  • 2006 - 2011: Tn Hj Mohd Sabri b Ali
  • 2011 - 2012: Tn Hj Abd Manab bin Abd Majid
  • 2012 - 2015: Tn Hj Khalil bin Abd Rahman
  • 2012 - 2015: Encik Abu Zaki Bin Ahmad Affandi
  •  

     

 

Peta Dalaman MRSM
13 February 2016 07:17 PM
226295

Peta & Pelan
13 February 2016 07:13 PM
admin

Profil
23 November 2015 05:21 AM
226295

MISI DAN VISI MRSM
 
EXCELLENCE 
Constantly striving for excellence
 
ENTREPRENEURS
Recognizes opportunities and resources
Willing to take risks and face challenge
 
 LEADERSHIP
Lead with confidence, courage and responsibility
 
LOVE AND CARE
Responsive, sensitive, attentive and treat others with respect
 
INDEPENDENCE
Manage activities independently with minimal supervision
 
ANALYTICAL AND EMPIRICAL
Think creatively, critically and rationally
 
AESTHETICAL
Appreciate art and beauty
 
 
PIAGAM PELANGGAN
 
Kami warga MRSM Balik Pulau berjanji dan beriltizam dengan seluruh tenaga dan usaha  kami untuk:
 
Memberi layanan perkhidmatan kaunter yang berkualiti.
Bayaran kepada pembekal dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan bil.
Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan cekap dan berkesan.
Memberi perkhidmatan yang cekap dan memuaskan dalam aspek pengurusan asrama, kualiti makanan dan kebajikan pelajar.
Melaksanakan langkah-langkah yang perlu dan rapi dalam aspek keselamatan dan kesihatan pelajar.
Mematuhi semua polisi, prosedur dan proses yang telah ditetapkan.

Misi-Visi-Matlamat
24 February 2015 04:01 PM
admin

MISI DAN VISI MRSM 

EXCELLENCE  

Constanly striving for excellence  

ENTREPRENEURS 

Recognizes opportunities and resources

Willing to take risks and face challenge  

LEADERSHIP 

Lead with confidence, courage and responsibility  

LOVE AND CARE 

Responsive, sensitive, attentive and treat others with respect  

INDEPENDENCE 

Manage activities independently with minimal supervision  

ANALYTICAL AND EMPIRICAL 

Think creatively, critically and rationally  

AESTHETICAL 

Appreciate art and beauty

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga MRSM Balik Pulau berjanji dan beriltizam dengan seluruh tenaga dan usaha  kami untuk: 

Memberi layanan perkhidmatan kaunter yang berkualiti.
Bayaran kepada pembekal dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan bil.
Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan cekap dan berkesan.
Memberi perkhidmatan yang cekap dan memuaskan dalam aspek pengurusan asrama, kualiti makanan dan kebajikan pelajar. 
Melaksanakan langkah-langkah yang perlu dan rapi dalam aspek keselamatan dan kesihatan pelajar.
Mematuhi semua polisi, prosedur dan proses yang telah ditetapkan.

 

Perutusan
24 February 2015 03:20 PM
admin

 

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .

Syukur ke hadrat Ilahi  kerana  dengan  limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama di MRSM , Ini diharapkan dapat merealisasikan usaha kerajaan dalam memartabatkan pembangunan anak bangsa yang berjaya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa MRSM adalah medium penting dalam melahirkan generasi yang berketerampilan mulia, dan  bertongkatkan nilai-nilai keperibadian yang utuh. Selain mencungkil bakat pelajar juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru-guru.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi MRSM ini merupakan platform terbaik kepada pelajar dalam usaha menyelami erti sebenar intergriti berpasukan. Hal ini seterusnya melahirkan generasi yang tidak hanya petah berkata-kata malahan dapat menghayati dan menyemai cita-cita negara dalam usaha memperkasakan ilmu .

Pada kesempatan ini, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru dan kakitangan yang telah berpadu tenaga, mengerah minda dalam memikul amanah, usaha dan komitmen yang disandarkan. Juga sokongan dan pengorbanan kakitangan swasta yang banyak membantu dan membimbing pelajar-pelajar amat dihargai Semoga hal ini menjadi pencetus untuk kita meningkatkan akauntibiliti sebagai pendidik yang berwibawa. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan usah putus asa dan cuba lagi kepada mereka yang kurang berjaya.

Sekian wassalam.

PENGETUA 
MRSM BALIK PULAU